Mar 17, 2009

Menghayati Kebesaran Mu

Posted in by reen | Edit

Pelawaan daripada teman-teman che is minggu lepas untuk menghabiskan masa hari Ahad cukup menggembirakan. Ihab, pemuda dari bumi Palestin (yg akan grad PhD akhir tahun) memang rapat dengan che is sejak kami mula menetap di Barcelona. Banyak bantuan daripada pemuda ini kepada kami...hatinya baik, itu yang mampu aku gambarkan. Dialah orang kuat di UAB yang berjaya mengumpulkan pelajar Islam dan berusaha mendapatkan tempat untuk mengerjakan solat Jumaat di UAB. Untuk program jalan2 kali ini pun, dia jugalah penghulu (big boss panggilan che is) yang melaksanakannya. Pagi Ahad tu, kami bertolak dari Vila pkl 7.00 pagi. Macam biasa pkl 5.00 pagi aku dah siap2kan bekalan untuk mendaki Collbato & Montserrat. Menu kali nie: nasi impit, sambal tumis ikan bilis, rendang daging & roti.

Nak dijadikan cerita, pagi tu FGC tak sampai ke Placa Catalunya sbb ada kerja2 penyelenggaraan, jadi kitaorg terpaksa berhenti di Muntaner dan naik bas khas yg disediakan untuk ke Placa Catalunya. Tapi memandangkan kitaorg nak ke Espanya, jadi perlu naik metro L3 utk ke sana dari Diagonal. Kebetulan masa tu kitaorg jumpa kawan che is (Algerian) yang nak join trip yg sama dlm FGC, jadi seronok sketlah. Tiba di Espanya kami naik keta Mohammad Abdullah dgn Sheikh (Imam Besar Masjid dr Valencia) & isterinya Somaya (sayangnya somaya tak bole speaking London hanya spanish, so aku dgn dia ckp mcm "itik dgn ayam") HAHAHAHA!!!!!

Perjalanan ambil masa lbh kurang sejam lbh (smpi terlelap mata nie, maklumlah 2nd time dpt naik keta, hikhikhik...) Kami pergi Collbato (
The rocks of the Montserrat massif are conglomerates with a carbonatic matrix. They were sedimented in a delta of several rivers draining into a shallow inland sea. The rivers deposited coarse, heavy, well-rounded stones and cobbles, which become finer towards the south of the massif. During diagenesis the debris was transformed into conglomerate by a limestone cement which originated from the shells of lake organisms. The conglomerate layers fall to the northeast, which is clearly visible in the cave map. Many passages follow this main direction.)

Sebelum memulakan perjalanan, Sheikh beri tazkirah dlm bahasa Arab...hemmm aku dgn che is buat2 pahamlah. Kemudian, kitaorg breakfast kat BBQ pit. Time nie lah kawan2 che is ter kejut tgk bekal2 yg aku bawa. Oppppsss...banyak sgt kot. Diaorg semua hanya mkn sandwhich jer. Bila dah bertenaga, kami mulakan pendakian smpi ke puncak untuk masuk ke Gua Collbato. Masya Allah... memang cantik masa dalam gua tu. Walaupun, lorong untuk masuk ke dlm agak sempit tapi convenient dan selamat. Kami dibantu dengan Tourist Guide (aku panggilan Superman sbb dia kejap ke depan, kejap ke belakang...pening dibuatnya). Walaupun banyak info yg dia bgtau, tp x satu pun aku mengerti...hikhikhik sbb semuanya dlm CATALAN!!!

Seterusnya, kami teruskan program jalan2 ke tempat misi UTAMA kami, MONTSERRAT! Kalau dari Collbato ke Montserrat, aku rasa adalah lbh kurang 45 mins (jalannya punyalah mencabar..sempit & bengkang-bengkok) Pak Arab nie semua bawa keta punyalah laju...mcm expert jer...Bila dah smpi atas Monserrat...SubhanAllah! cantik & pelik...yang peliknya batu2 gunung tu melalui proses luluhawa yg menggagumkan. Kuasa Allah s.wt... Disinilah, kami mendengar tazkirah dari Sheikh sambil mensyukuri dan memuji kebesaran Allah s.w.t. Kami bersolat jemaah di kawasan terbuka yang hanya beralaskan lantai dan berbumbungkan langit...Monserrat sebenarnya adalah salah satu tempat suci penganut agama kristian khatolik di Spain atau seluruh dunia bagi melihat sendiri tempat penemuan Virgin Mary. Disin kita akan dapat melihat banyak gereja dan antara yg menarik adalah gereja yg terbesar di sini. Disebabkan terlampau banyak gereja smpi aku tak perasan yg sebenarnya gereja terbesar yg aku dan che is masuk tu sebenarnya terdapat patung Virgin Mary yg dibuat daripada emas. Hehehee...aku ingatkan muzium...tapi yg herannya diaorg tak halau plak aku keluar (sebab sah2 bertudung masa tu).

Apa yang aku & che is dapat katakan pengembaraan kami kali ini adalah lebih kepada memuhasabah diri dan menenangkan fikiran dari duniawi...

0 Comments


 
Designed by Lena Header image by Vladstudio