
Cuti Easter ku bermula hari ini hingga 14/04. Tak pasti apa program masa cuti ni. Namun yang dah termaktub dalam diari aku adalah menikmati tidur yang secukupnya. HAHAHAHA...mungkin aku akan kurangkan aktiviti ber'YM atau 'Skype' bagi merehatkan seketika minda ini. Aku ingin merehatkan diri sepenuhnya. Pergi keluar menikmati Primavera (Spring) di Barcelona dan menghabiskan masa yang ada bersama suami tersayang. Inilah masa yang sesuai untuk aku membalas kembali pengorbanannya kerna memahami kesibukan aku di fakulti. Kala aku menulis di blog ini, sempat aku melihat redup wajahnya yang tenang melelapkan mata. Setenangnya menjaga aku disini. Terima Kasih Hubby kerna sudi menemaniku hingga kini.
0 Comments
Post a Comment