Inilah pelangi pertama yang aku nampak sejak berada di Barcelona. Itupun kebetulan pergi membeli barang dapur (asyik membeli jerr..hehehe) kat Al Campo. Pembentukan pelangi ni berlaku selepas ujan petang di Sant Quirze. Cantik sebab gelung pelangi penuh sampai penghujung. Sebenarnya, post ni utk ceritakan salah sebuah lagi hypermart yg aku suka pergi. AL CAMPO. Kalau dilihat, lebih kurang macam TESCO, Giant je kat Melaka. Barang2 dapur kat sini memanglah murah. Tapi kalau dibandingkan harga seafood (sebab suka benor makan), dekat Mercadona lagi murah daripada Al Campo terutamanya udang dan sotong. Al Campo ni terletak tak berapa jauh dari Vila kami. Pengangkutan ke sana dengan FGC, dan perlukan 1 hentian sebelum smpi ke Sant Quirze dimana terletaknya Al Campo nie. Jaraknya, hampir sama dengan Sant Cugat (tempat yg selalu aku citer). Al Campo juga jadi port untuk kebanyakan student UAB beli barang dapur sebab harganya murah dan banyak pilihan.Jadinya, ada 2 port utama yang saban minggu aku pergi..






0 Comments
Post a Comment