Apr 26, 2009

Ya Allah... Lindungilah Kami..

Posted in by reen | Edit

Menggembarkan seluruh dunia termasuklah berita di Barcelona, Sepanyol. Virus selsema babi makin mengganas terutama di Mexico yang mengorbankan banyak nyawa. Aku berharap agar kami berdua dan seluruh rakyat di dunia ini selamat daripada virus tersebut. Buat sementara waktu, kami perlu ambil tindakan berhati2 agar tidak terlampau terdedah dengan aktiviti luaran (maksudnya tak bole lah selalu merayap...hehehe). Kenalah jaga kesihatan, ambil berat jika ada simptom2 seperti batuk, demam dan sakit badan. Disini, aku nak kongsi sesuatu yg kita semua perlu tahu...sepintas lalu berkenaan...

Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir

Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1, iafrica.com/ ) Betul ke virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya di dalam khinzir?Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.

Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]

TAPI NAMPAK GAYANYA MACAM SUSAH JER..ORG SPANISH NAK BERHENTI MAKAN BABI NIE AKU TENGOK...HEMMMMMM????

4 Comments


  1. armouris says:

    lagi info tentang swine flu kat sini - FAQ on Swine Flu

    April 26, 2009 at 11:52 PM

  2. reen says:

    Terima Kasih...

    April 27, 2009 at 12:48 AM

  3. M says:

    tula kan rin..Allah da bgth pun kan pig tu ada 99jenis penyakit ker 9 jenis??lupa la...tp kapir2 tu xcy..la ni nk jugak mkn binatang tu..

    April 27, 2009 at 3:04 AM

  4. reen says:

    biasalah fadzli benda yg haram tu "sedap"...hehehe tp kan aku ingat cina kat msia kemain mkn benda tu tp org putih kat sini lagi teruk aku tgk...mcm2..

    April 27, 2009 at 11:11 AM

 
Designed by Lena Header image by Vladstudio